Thursday 28 July 2011

HALAL VS HARAM






pencuci mulut yang mengandungi alkohol ?

Alkohol diharuskan penggunaannya dalam dua keadaan iaitu
i) Alkohol yang terjadi dari proses pemeraman (makanan halal seperti
tapai , air tuak dan lain-lain), penggunaannya tidak boleh sampai ke
peringkat mabuk kerana benda yang memabukkan adalah haram.
ii) Alkohol yang terdapat dalam perasa( flavour) dalam kuantiti yang
sedikit iaitu tidak memabukkan adalah harus.
Alkohol yang terjadi dari proses bahan ( seperti anggur) tujuan arak
maka selama-lamanya haram dan tidak boleh dimasukkan dalam pengunaan
makanan

hukum perfume yang mengandungi alkohol ?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 11-12 April
1984 telah membuat keputusan mengenai alkohol adalah seperti berikut:
i. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan
dimaafkan

Tidak sah sembahyang kita jika memakai perfum yang mengandungi
alkohol.Betul atau salah?Adakah semua perfum yang berada di pasaran
sekarang mengandungi alkohol? Bagaimana saya boleh tahu samada perfum
tersebut mengadungi alkohol? 

1. Alkohol biasanya digunakan sebagai bahan pelarut dalam ubat-ubatan dan
alat solek seperti minyak wangi,kolon, losyen dan sebagainya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke 7 pada 11-12 April 1984 telah
membuat keputusan seperti berikut:
Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol adalah harus dan
dimaafkan.
2. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan pewangi mengandungi alkohol
atau tidak, melalui label pembungkusan pewangi tersebut atau dari kilang
pengeluar produk berkenaan sekiranya mampu.


Adakah boleh seseorang lelaki memakai emas putih seperti cincin contohnya?

Haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki. Ini adalah berdasarkan
keputusan Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia kali ke 52 pada 1 Julai 2002.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)


apa hukumnya mewarnakan rambut, bolehkah air memasuki rambut itu jika
mandi wajib, adakah sah mandi wajib kita
sememangnya barangan itu adalah halal, tapi bolehkah dgunakan

Hukum mewarnakan rambut bagi isteri untuk si suami adalah harus tetapi
untuk tujuan menunjuk-nunjuk kecantikan kepada orang lain adalah
haram.Pewarna rambut yang digunakan pada rambut boleh dimasukki air dan
sah mandi wajib.Pewarna rambut yang boleh digunakan adalah selain warna
hitam atau inai. Ini selaras dengan hadith Nabi yang menyuruh berbuat
demikian.


Produk
ini dibuat menggunakan uri manusia dan ada juga mengunakan uri kambing
biri2.Diproses dari darah uri tersebut dan dijadikan cecair produk untuk
disuntikkan kedalm badan.Nama produk itu placentrex atau norefal.Tolong
terangkan apakah hukumnya kerana sesetengah orang berkata halal tapi saya
was2 untuk mengunakannya.Tolong saya dengan memberi penjelasan dengan
lebih tepat lagi.

Hukum menggunakan produk yang mengandungi uri manusia dan juga daripada
binatang-binatang yang haram dimakan adalah haram

0 comments:

kata2 aluan anda seperti Sila Komen